Bekas POLIS Di Pukul & Di Telanjangkan Oleh Penduduk Kampung
https://kainkembang.blogspot.com/2015/10/bekas-polis-di-pukul-di-telanjangkan.html
PASIR MAS: Seorang lelaki yang
juga bekas anggota polis patah tulang rusuk selain cedera di muka, apabila
dipukul sekumpulan penduduk kampung ketika cuba merompak sebuah rumah di Rantau
Panjang, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek
berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan memecah masuk rumah
penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah dan penduduk.
Suspek kemudiannya dipukul penduduk kampung sehingga cedera sebelum
ditelanjangkan, sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Kelantan,
Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua suspek
sudah ditahan.
Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak
empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah. -kainkembang
Sumber : BHOnline