Hanya Kerana Berebut "REMOTE" 2 Beradik Bergaduh Sehingga Menyebabkan KEMATIAN !
https://kainkembang.blogspot.com/2015/10/hanya-kerana-berebut-remote-2-beradik.html
PORT DICKSON - Aktiviti sebuah
keluarga menonton televisyen berakhir dengan tragedi apabila salah seorang
daripada mereka maut di tikam dirumah mereka di Kampung Chuah petang tadi. Sinar
Harian difahamkan, mangsa yang berusia 33 tahun
meninggal dunia akibat terkena tikaman di dada ketika bergelut dengan adik
lelakinya.
Mangsa yang bekerja di bahagian
khidmat pelanggan di sebuah syarikat di Sepang Selangor disahkan meninggal
dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Pelandok.
Kejadian jam 2.30 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa menegur
perbuatan suspek yang berebut alat kawalan jauh televisyen dengan anaknya yang
berusia lima tahun.
Akibatnya, suspek yang berusia
22 tahun dan bekerja sebagai tukang cat berang dan berlaku perang mulut antara
mereka sebelum dileraikan oleh ahli keluarga mereka. Selang beberapa minit
kemudian, berlaku lagi pertikaman lidah antara dua beradik itu di luar rumah.
Semasa bergelut, si mati rebah selepas
terkena tikaman pisau di bahagian dada kiri.
Ketua Polis Daerah Port
Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, pihaknya dimaklumkan
mengenai kejadian itu pada pukul 6 petang tadi oleh kakitangan klinik. "Mangsa
yang maut dihantar oleh ahli keluarganya ke klinik berkenaan namun disahkan
meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya ketika dihubungi tadi.
Ekoran kejadian itu, suspek
telah melarikan diri dan usaha memburu sedang giat dijalankan. Setakat jam 10
malam ini, suspek masih belum ditahan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku
Jaafar Seremban untuk dibedah siasat.
Kes itu disiasat di bawah
Seksyen 302 Kanun keseksaan.-kainkembang
Sumber: Sinar Harian