Stadium Kedah DIGEGARKAN Dengan Lagu 'Kami Nak Najib Undur' .Najib Bakal Letak Jawatan ?



ALOR SETAR: Lagu ‘Kami nak Najib Undur’ bergema di Stadium Darul Aman ketika perlawanan persahabatan antara Kedah dan Sg Ara F.C malam tadi.

Sekumpulan anak muda ‘bersatu padu’ menyanyikan lagu itu di hadapan 20,000 penyokong bola sepak yang hadir di stadium itu.

Lagu itu dinyanyikan sekumpulan ultras bola sepak Kedah sebagai sokongan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk kekal memegang jawatan itu.

Video selama 1.56 saat itu memaparkan kumpulan berkenaan berulang kali berkata “Kami Nak Najib undur” sambil mendapat tepukan daripada penyokong yang hadir di stadium itu.

Video itu dimuatnaik di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang sebahagian besarnya menyokong kumpulan terbabit.

“Pakat satu Malaysia buat macam ini kat stadium masa ada bola,” kata Apizz Halim.

“Kalau buat tiap-tiap stadium di seluruh negara kan best,” kata Sally Melly.

“Tahniah rakyat Kedah, bermula era kejatuhan Najib bermula dari negeri Kedah. Kelahiran anak Melayu jati yang berani bersuara,” kata Rizqullah Revolusi.

Terdahulu, di hadapan 20,000 penyokong yang hadir di Stadium Darul Aman malam tadi, Mukhriz disambut penyokongnya dan mereka berarak dari luar stadium hingga ke dalam stadium.

Turut bersama Mukhriz, pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dan ADUN Jitra, Aminuddin Omar yang enggan menandatangani akuan bersumpah menolak Mukhriz.


Artikel Berkaitan

Pendedahan BERANI MATI Tun Mahathir Mengenai MH370 Yg Sangat MENGEJUTKAN ! Kenapa Sekarang ?

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' be...

C. RONALDO Buat Keputusan MENGEJUTKAN Setelah Tamat Perlawanan UCL Menentang AS ROMA Pagi Tadi !

Pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo menjadi perhatian selepas bergambar bersama dengan mafla pasukan JDT.Foto tersebut didedahkan sendiri  oleh akaun Facebook rasmi pasukan Joh...

Post a Comment

PopularArkib

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item