TERBONGKAR ! Inilah BUKTINYA Bedak Johnson & Johnson Boleh MENYEBABKAN KANSER !


Missouri , 24 Feb - Syarikat Johnson & Johnson telah diperintahkan untuk membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser didapati terkait dengan produk keluarannya.

Laporan dari Metro.co.uk menyebut, Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad.


Keputusan itu dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama lima jam dan selepas perbicaraan tiga minggu.

Juri mendapati Johnson & Johnson bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.

Johnson & Johnson menghadapi tuduhan bahawa syarikat tersebut, dalam usaha untuk meningkatkan jualan, gagal selama beberapa dekad untuk memberi amaran kepada pengguna bahawa produknya yang berasaskan talkum boleh menyebabkan kanser.

Fox yang tinggal di Birmingham, Alabama, mendakwa dia menggunakan produk Baby Powder dan Shower to Shower untuk tujuan kebersihan feminin selama lebih dari 35 tahun sebelum dia didiagnosis dengan kanser ovari tiga tahun lalu.

Fox meninggal dunia pada Oktober pada umur 62 tahun.


Artikel Berkaitan

PERHATIAN ! Jangan Lakukan 15 Perkara Ini Pada Tahun 2016 ! No 2 Tu Wajib Ikut ! Mohon Share

Umum tahu bahawa kos sara hidup semakin meningkat meskipun di kaca televisyen, pakar ekonomi beria-ria mengatakan bahawa ekonomi negara stabil dan meningkat dari masa ke semasa. "Yelah tu meni...

Ngeri ! [15 Gambar] Taman Tema Neraka Di Thailand Yg Amat MENAKUTKAN !

Hampir kesemua agama besar didunia mempunyai konsep syurga dan neraka. Sungguhpun agama-agama ini berbeza, idea kesengsaraan dan kengerian kehidupan di dalam neraka itu is almost universal. Di b...

MashaAllah ! Luahan Wanita Ini Lagi 3 Hari Nak Kahwin, Bakal Suami KANTOI BESAR ! Malunya

Seorang wanita yang bakal melansungkan perkahwinannya dalam 3 hari lagi meluahkan perasaan dan meminta pandangan pemilik laman Pesona Pengantin akan masalah tunangnya yang didapati curang. "As...

Post a Comment

PopularArkib

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item