Che Ta Menjadi UMPAN Oleh Seorang Lelaki Yang Menjual Produk Dengan Menggunakan Namanya
https://kainkembang.blogspot.com/2015/10/che-ta-menjadi-umpan-oleh-seorang.html
Penipuan
yang dilakukan oleh sesetengah peniaga di Instagram bukan perkara baru sejak
dua tiga tahun ini, namun kes yang membabitkan nama Rozita Che Wan ini
nampaknya menjadi tanda aras baru dalam arena penipuan dalam skala yang lebih
besar — mengaut hasil haram RM700,000.
Harian
Metro pada hari ini mendedahkan seorang lelaki di sebalik akaun Instagram Paris
Shopping Heaven telah menipu orang ramai dengan menjual beg berjenama mewah
pada harga rendah namun tidak pernah menunaikan mana mana pesanan pelanggan.
Rozita
Che Wan beberapa bulan lalu pun ada memuat naik status di Instagram memberi
amaran kepada pengguna supaya tidak tertipu dengan akaun tersebut yang pernah
menggunakan namanya seoalah olah beliau pernah berurusan membeli beg tangan
mewah.
“Saya
dimaklumkan peminat apabila lelaki itu mengunakan gambar saya kononnya pernah
berurusan membeli beg berjenama daripadanya. Kalau baca komen memang ramai yang
mengadu mereka ditipu pemilik akaun terbabit. Saya tak pernah kena lagi, tetapi
nyaris ditipu,” ujar Che Ta.
Menurut
laporan itu juga, sehingga kini lebih 30 orang mangsa terpedaya tampil membuat
laporan polis dan mendedahkan taktik lelaki itu menipu mereka. Bukan sahaja
tidak menunaikan pesanan malah turut enggan memulangkan wang pelanggan yang
terkena.