Zohor Pertama Di Surau Aman Central Membuatkan Netizen Terharu



Disebalik pembukaan pusat membeli belah Aman Central, Alor Star yang menjadi viral di laman sosial hari ini, terdapat satu kisah yang cukup menarik yang dikongsikan di mana ia mendapat perhatian ramai Netizen.

Sedang orang ramai berpusu-pusu dan sibuk membeli belah, gelagat tiga orang adik beradik di seperti di dalam gambar di atas telah menarik perhatian.

Mana tidaknya, disebalik ada yang lupa dan leka menunaikan 'tiang agama' itu, mereka ini adalah antara orang yang terawal berada di rumah Allah yang dibina di pusat membeli belah berkenaan untuk menunaikan solat Zohor.

Kredit gambar: Exploring-Malaysia

Gambar ini dikongsikan oleh Leftenant Mohammed Originall di laman Facebooknya telah membuatkan orang ramai terharu dan tertanya-tanya siapakah ibu bapa bertuah yang pandai mendidik anak ini?.

Berikut adalah perkongsian beliau.

AL K I S A H Aman central

Saat azan kumandang tak ada satu pun keuntungan sekali pun project kamu BENILAI 2.6B , surau di dalam gambar ni adalah surau di aman central, waktu zohor tepat kanak2 ni nak solat, abg imam adik2, sengaja kita buat lambat sebab nak amik pic dia dan nak jadi makmum adik nie.

Anak sapa lah ni, saat orang sibuk shoping, dia lari p solat sujud kat Allah.

Abang kakak yg sibuk shoping boleh muhasabah diri, tak malu kah kita saat kita kata Allah yg kita utama dlm hidup, mai sekali fitnah dajjal ttg shoping kita sudah ikut dajjal. Boleh nampak tak yg nabi kata nanti masa dajjal keluar, ramai yg akan ikut dajjal ?

5 minit sahaja solat, lepas tu p lah shoping sampai muflis pun tak pa, muflis dunia jangan muflis ahkirat.



 
Berdasarkan komen yang diberi ramai yang memuji tindakan kanak-kanak berkenaan di mana ada antara mereka yang berharap dapat anak seperti ini.

Ct Cyful dalam komennya menulis "Subhanallah....Ya Allah,kurniakan zuriat2 ku sebegini Ya Allah...hilang rasa sakit masa nk melahirkan ank klu dpt ank mcm nih...moga hidup adik2 ni,serta kluarganya d rahmati Allah SWT...insyaAllah"

Latifah Hamid pula berkata "Alhamdullilah...walaupun.masih kanak2 tetap taat pda tuntutan agama islam..iaitu solat tiang agama....."

Ada juga pengguna Facebook mendokan mereka ini menjadi insan yang berguna apabila besar nanti.

Lynn Cnmz "Semoga anak2 ini menjadi seseorang yg sangat berjaya d suatu hari kelak ..dunia ..akhirat..aminnnya rabbalalaminn.."

Apapun adik, admin memang berbangga dengan tindakan kamu ini, ternyata ibu dan bapa kamu berjaya mendidik kamu menjadi insan yang baik. Semoga besar nanti menjadi seorang yang berjaya dan pemimpin yang hebat dari segi dunia dan akhirat. 

Artikel Berkaitan

VIRAL 8925752827761811414

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item