KEMASKINI ! Kehamilan Siti Nurhaliza Kini Dalam Usia Sekitar Lapan Minggu
https://kainkembang.blogspot.com/2015/11/kemaskini-kehamilan-siti-nurhaliza-kini.html
Setelah berteka-teki dengan pelbagai andaian dan spekulasi mengenai berita kehamilan penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza kini telah sah lah bahawa beliau sedang berbadan dua.
Usia kandungan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 36, kini sudah memasuki bulan kedua. Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, penyanyi bergelar ‘si jantung hati Malaysia’ itu dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.
“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu,” jelas sumber kepada Utusan Malaysia.
Seluruh keluarga terdekat mengetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.
Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.
Selain itu, Siti Nurhaliza juga tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini.
Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.
"Susu Kambing + Kurma.. Selamat Pagi" - Siti Nurhaliza |
Posted by
Lebai Official