Padah Hina Wanita Bertudung Ketika Rancangan LIVE, Zizan Dikecam Orang Ramai
https://kainkembang.blogspot.com/2015/11/padah-hina-wanita-bertudung-ketika.html
Tidak pasti sama ada Zizan hanya berniat untuk melawak atau sebaliknya, namun 'damage has been done' terhadap imejnya sendiri dan satu penjelasan harus dilakukan segera oleh Zizan yang baru saja menjadi juara program Super Spontan 2015.
"Sebagai artis yang dikenali ramai, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan begitu sungguhpun bergurau kerana ini seolah-olah menghina golongan hijabster. Kenyataannya itu akan menimbulkan persepsi negatif terhadap muslimah.
"Dia boleh melawak dalam program lawak yang lain tetapi dalam wawancara seperti ini, dia mewakili diri dia sendiri dan kenyataan yang dia nyatakan itu adalah dari hati dia sendiri. Mungkin mulut dia lebih laju dari otak dia agaknya," kata netizen.
Daripada reaksi di laman sosial dan forum CARI, ramai yang tidak berpuas hati dengan kata-kata Zizan Razak ini. Mungkin mereka melihat daripada konteks yang lebih luas.