Punca Sebenar Pelumba Basikal Malaysia DIKECAM Teruk Walaupun Menang Pingat Emas


KUALA LUMPUR: Selepas insiden membabitkan gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Jun lalu dikecam oleh pengguna media sosial kerana caranya berpakaian, nampaknya nasib sama berlaku kepada dua pelumba basikal trek negara, Muhammad Afiq Afify dan Mohamad Hafiz Mohamed Sufian.

Kedua pelumba negara itu dikritik di laman sosial Twitter semalam kerana dikatakan cara pamakaian pelumba terbabit tidak ‘menutup aurat’ sehingga menampakkan bahagian lutut.

Gambar penuh tersebut dimuat naik oleh syarikat pembekal perkhidmatan kad prabayar Tune Talk dilaman Twitter mereka sebagai menyatakan ucapan tahniah kepada kedua atlet tersebut selepas memenangi pingat emas pada pertandingan Japan Para Cycling Cup 2015 pada Isnin.

“Tahniah Hafiz Sufian & Muhammad Afiq yg memenangi pingat emas utk Malaysia di Japan Para Cycling Cup 2015! #MISIM,” tulis @TuneTalk, semalam.

Bagaimanapun, gambar yang menunjukkan kedua atlet itu lengkap berpakaian bewarna kuning yang menampakkan bahagian lutut mengundang kritikan pengguna media sosial yang rata-rata dilihat ‘berdebat’ mengenai isu tersebut.

Pengguna twitter Aidil Johari berkata; “@TuneTalk @Khairykj @jasonlo1 @KBSMalaysia @ManOlimpik tapi sayang tak tutup aurat”.

Susulan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara sinis dilihat membidas kenyataan pengguna media sosial tersebut yang mempersoalkan cara pemakaian pelumba negara.

"Mereka menang untuk Malaysia dan tumpuan diberikan kepada, 3, 2, 1 ...,” tulis Khairy.


Namun, perdebatan membabitkan isu tersebut tidak terhenti disitu apabila laman Twitter Khairy pula dilihat menjadi sasaran pengguna media sosial.

“@Khairykj lepas ni KJ boleh buat undang2 baru biar labuh ke keting sikit tight rider tu. You can make a change tho. A big one actually,” tulis @IkmalAzmi.

Malah, pengguna media sosial lain dilihat terus mencelah yang mana sebahagian daripada mereka bersetuju dengan Aidil Johari, sementara yang lain menegur dan menegaskan bahawa pakaian antara faktor utama kepada pelumba basikal bagi memastikan mereka lebih aerodinamik.

“@ikmalazmi92 @Khairykj tak aerodynamic bro..,” tulis @Kylo Ren.

Tidak mahu isu berkenaan berlanjutan, Tune Talk kemudiannya cuba menghentikan perdebatan tersebut.

"Kami Hanya ucapkan Tahniah, bukan mencari kekurangan orang. Korang jangan gaduh. #KitaGeng, " balas Tune Talk.

Terdahulu, Farah Ann turut dikecam ekoran pemakaiannya yang dikatakan menampakkan bentuk faraj. Namun, ia menarik perhatian ramai pihak yang tampil mempertahankan atlet itu.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 6397995158223059470

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item