Dr MAZA Bagi Komen Yang Paling PEDAS Buat Nor Atirah ! Serius Makan Dalam !



SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan disebalik kisah penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang mendakwa dirinya diculik baru-baru ini.

Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.

"Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.

"Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini," katanya menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini.

Asri berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman mikro Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.

Sebelum ini, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak Nur Amirah yang didakwa dilarikan suspek menaiki van putih.

Bagaimanapun, Nur Amirah dilapor ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting sekitar jam 10 malam tadi.



Artikel Berkaitan

Subhanallah ! Angka Kematian Semakin Meningkat & Tiada Jemaah Malaysia Setakat Ini

Setakat ini tidak ada lagi jemaah Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden rempuhan di Mina, demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.Kerja-ke...

Gaji Staf RHB Bank Bulan Ini Di Bayar 10 Kali Ganda, Bonus Ke Apa??

Hari raya aidiladha kali ini mungkin menjadi hari raya yang paling meriah bagi pekerja-pekerja RHB Bank.Kenapa? Ini kerana pihak RHB terbayar gaji staf-staf mereka 10x ganda dari gaji biasa p...

Mangsa Highway Kesas Membuat Laporan Polis Kerana Gambarnya Menjadi Viral

Tersebar hari ini di laman sosial hari ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Semut Gergasi dua buah video kejadian kemalangan yang melibatkan perserta lumba haram di Shah Alam Expres...

Post a Comment

PopularArkib

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item