MASHAALLAH ! Mayat Bayi Ditemui TERAPUNG Dalam Loji Kumbahan Kolej Swasta


Mayat bayi ditemui dalam loji kumbahan kolej swasta


Mayat bayi yang dijumpai. Ia dipercayai mayat bayi ini keluar melalui lubang saluran kumbahan yang datang dari tandas asrama kolej berkenaan. - Astro AWANI


KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sedang giat menjalan siasatan berikutan penemuan mayat bayi yang masih bertali pusat terapung dalam loji kumbahan sebuah kolej swasta di Setiu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata mayat bayi perempuan berkenaan dijumpai kira-kira pukul 3.30 petang Selasa oleh seorang pekerja kontrak pembersihan.

Menurut Wan Abd Aziz, berdasarkan kepada keadaan mayat, pihaknya percaya bayi yang cukup sifat itu   berada di dalam tangki berkenaan dalam tempoh 48 jam.

"Setelah pemeriksaan ke atas bayi itu, kita dapat bayi tersebut masih sempurna. Bayi fizikalnya sempurna, hanya terdapat sedikit kecederaan di bahagian lengan dan peha kiri. Kita percaya kemungkinan kecederaan ni akibat berada dalam saluran air ini.

"Kita juga percaya mayat bayi ini keluar melalui lubang saluran kumbahan yang datang dari tandas asrama berkenaan, makna dia flush tandas tu dan masuk ke dalam kumbahan," kata Wan Abd Aziz pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, klinik kesihatan dan hospital yang menerima pesakit dalam keadaan mencurigakan tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan

"Sayang Menyesal Tak Kahwin Dengan Orang ?, Orang Tak Boleh Beli Apa Yang Sayang Nak"

Kisah ini adalah kisah benar, diluahkan oleh Facebook Sofiah Idrus *** Berapa hari lepas,suami usap tangan saya perlahan dan tanya satu soalan. Dengan muka yang agak kesepian "Sayang men...

Ya Allah Sedihnya, Ibu Tunduk Menangis Kutip Cebisan Daging Dan Otak Anak Sendiri

KAJANG - Sayu, seorang ibu tunduk menangis sambil mengutip cebisan-cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut dalam kemalangan. Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi semalam, mangsa hancur d...

Post a Comment

PopularArkib

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item