Punca Sebenar Anak Kepada Peserta Gegar Vaganza BENGANG Dengan M.Nasir & Dato AC


Baru-baru ini Datuk M.Nasir dan pengacara popular AC Mizal yang bertindak sebagai juri program realiti Gegar Vaganza 2 telah memberikan ulasan mengenai persembahan penyanyi Sheeda menerusi konsert minggu keempat yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

Memetik laporan mStar online, anak Sheeda iaitu penyanyi Bienda bagaimanapun menyifatkan komen dua juri berkenaan menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka sekaligus mendesak M. Nasir dan AC Mizal memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka yang mengaibkan ibunya itu.

"Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

"Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian," ujarnya.

Antara komen M Nasir iaitu "putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess" dialog menjurus kepada memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Dalam pada itu, Bienda berkata, sebagai anak, sudah pasti dia terasa dan sedih apabila usaha ibunya untuk memasuki pertandingan tersebut tidak dihargai.

"Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta," ujarnya.

Bienda turut meminta orang ramai agar tidak terus menghina ibunya di laman sosial terutama di Instagram.

Katanya, perkara tersebut akan membuatkan ibunya bertambah sedih dan rasa hilang keyakinan diri.


Artikel Berkaitan

GOSSIP 5383092021846748794

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item