ZALIM ! Kerani Sekolah Agama Dirogol Sebelum Dijerut Hingga Mati Ketika Hujan Lebat


JOHOR BAHRU - Seorang wanita ditemui mati dibunuh di kediamannya di Sungai Terap, malam tadi.

Mangsa, Nurul Shahira binti Mohamed Yatim, 29, bekerja sebagai seorang kerani di Sekolah Agama Sungai Raya, Bukit Pasir, Muar, ditemui oleh pasukan polis yang menerima aduan dari jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak keluar rumah jam 7 malam tadi.

Polis tiba di rumah mangsa mendapati enjin kereta Honda Civic, JJQ8178 milik mangsa masih hidup dengan pintu kereta bahagian pemandu terbuka. 

Mayat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik dipercayai dirogol sebelum dijerut dengan tali pengikat langsir sehingga mati. Seluar dalam mangsa juga ditemui di atas badannya. 

Terdapat juga kesan-kesan tompokan darah di atas lantai berhampiran mangsa dan serangkai kunci. 

Barang-barang berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.

Motif kejadian masih tidak diketahui dan polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengesan suspek.

Al-fatihah... Semoga rohnya ditempatkn bersama- sama org yg beriman...Aamiin

Kejadian perompak dah ade dalam rumah, rumah dirompak, rogol & dijerut hingga meninggal dunia ditempat kejadian. Berlaku di Muar Johor.

Dirogol dan dibunuh ptg td dirumahnya waktu hujan lebat.. blk rmh, penjahat dah ada dlm rmh. Enjin krt pun x sempat matikan..

Mohon dititipkan fatihah dan doa untuk Nursyahira kerani SA Sungai Raya muar yg telah kembali ke rahmatullah ptg tadi dirumahnya kerana di jerut sehingga meninggal..jenazah baru di bawa ke hospital .Al fatihah..


Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 1085649261329183480

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item