[VIDEO] Pasangan 'Melekat' Ketika Melakukan Hubungan Intim. Lelaki Tu Mati, Tapi Perempuan Tu...MashaAllah..



London: Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelacur yang melekat pada tubuh seorang lelaki berumur yang dikatakan mati ketika mereka melakukan hubungan seks, mula beredar di Internet.

Rakaman itu menunjukkan anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki berkenaan keluar dari sebuah bangunan manakala wanita berkenaan masih berada di atas tubuhnya di bawah selimut.


Rakaman berkenaan pada mulanya disiarkan laman web berkongsi video China, Miaopai, sebelum dikongsi pengguna melalui LiveLeak.

Kejadian itu dipercayai berlaku di China tetapi tidak dapat dipastikan lokasi sebenar serta tarikh kejadian.

Melalui video itu, wanita berkenaan kelihatan bergerak-gerak di bawah selimut sambil mereka diperhatikan orang ramai.

Pasangan itu dipercayai dibawa ke hospital untuk memisahkan mereka dan kematian ketika hubungan seks boleh berlaku kerana pelbagai sebab, termasuk terlalu aktif atau serangan jantung.

Daily Mail melaporkan, pakar perubatan di London, Dr John Dean, dalam temuramah dengan BBC sebelum ini, menyatakan kejadian zakar terlekat dalam kemaluan wanita boleh berlaku, terutama ketika wanita mengalami orgasm. - Daily Mail/metro

Artikel Berkaitan

VIRAL 4243232102946771919

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item