Wanita Ini Berani Mati Kritik Graduan Zaman Sekarang Yg Perasan Lebih. Serius Bikin Panas !


Status ini dipetik dari Facebook Lily Sabrina Md Saberi

*******************

Saya sering ke kedai printing / fotostat di Seksyen 7 Shah Alam.

Saya selalu nampak graduan print resume dan adakalanya mereka letak atas kaunter bayaran.

Saya bersembang dengan beberapa orang yang sedang print resume. Sepanjang perbualan saya dengan mereka yang sedang cari kerja (graduan baru konvo), banyak perkara yang mengecewakan saya dan saya percaya orang dewasa yang berfikiran seperti saya akan tersangat kecewa dengan mereka seperti di atas.


Saya nampak isi resume.

Saya tidak boleh bernafas bila tengok "expected salary" RM3,500 malah saya pernah nampak RM4,500

Saya tengok kelulusan ... oh biasa-biasa sahaja...bukan belajar Law ke, Medic ke Aerospace Engineering ke dari Uni luar negara ... diploma biasa-biasa sahaja rupanya

Saya tengok gaya pemakaian mereka yang sibuk print resume gaji RM4,500 dan fotostat transkrip yang banyak repeat paper pula :

1. Perempuan pakai tudung singkat nampak dada
2. Perempuan pakai legging ketat 
3. Perempuan pakai baju jarang macam net bola sepak
4. Perempuan pakai selipar jepun masuk jamban
5. Perempuan ketawa berdekah-dekah satu Shah Alam boleh dengar

1. Lelaki hisap rokok depan kedai
2. Lelaki pakai seluar pendek atas lutut
3. Lelaki pakai baju gambar "hantu"
4. Lelaki "mengevape" depan kedai pegang resume gaji RM4,500
5. Lelaki selebet macam hantu baru bangun tidur

Saya rasa hendak pitam.

Saya rasa kecewa.

Saya bayangkan macamana pensyarah menahan rasa dan migrane melayan anak didik mereka.

Mungkin anak muda tidak faham fikiran kami.

Apa hendak jadi dengan graduan sekarang.

Maaf cakap "Mereka ini perasan lebih"

Saya? Saya dulu gaji RM1,600 kerja Isnin - Sabtu. Bukan gaji yang saya kejar tapi pengalaman dan ilmu. Budak sekarang sibuk gaji. Yelah, berangan nak pakai Ipong 6.

Salam Sayang smile emoticon
Pn Lily Sabrina Md Saberi


Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 5733459507035082289

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item