MASHAALLAH ! Sungguh MENGGERIKAN ! Wanita Dalam Pantang DIBUNUH Suami Sendiri ! Kali Ni Lagi KEJAM !



PETALING JAYA: Seorang wanita yang masih dalam pantang selepas bersalin ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik tidur sebuah unit kediaman di Mentari Court, Bandar Sunway di sini, sebentar tadi.

Lebih malang, mangsa ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di sebelah bayi perempuannya yang baru berusia sebulan setengah oleh suami mangsa sendiri kira-kira jam 8 malam, ketika pulang bekerja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kasim, berkata mangsa yang berusia 23 tahun itu tidak bekerja dan baru melahirkan anak pertengahan Januari lalu, manakala suaminya bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang elektronik di Kelana Jaya.

"Siasatan awal menunjukkan mangsa dipercayai mati akibat dicekik dan ketika ditemui, mayatnya dalam keadaan separuh bogel dari paras pinggang ke bawah.

"Anak pasangan itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan, ketika kejadian hanya pasangan anak beranak itu berada di rumah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, tadi.

Artikel Berkaitan

KEMALANGAN 5764928663924818568

Post a Comment

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item