'Patutlah Doktor Selalu BISING Kalau Mengandung Dekat-Dekat'! - Tak Pernah Tahu Pulak Selama Ni !


Kelmarin, saya mendapat berita tentang kematian sepupu saya. Ketika dia meninggal, umur dia 25 tahun. 

Saya difahamkan, anak sulungnya baru berusia 8 bulan dan dilahirkan secara caesar. Sebelum ini saya pernah menasihatkan dia agar makan jamu atau mengambil pil perancang, takut lekat. Tetapi dia degil dan selalu kata, 

"Jarang ibu menyusu, lekat,"

Beberapa hari kemudian, dia disahkan mengandung 9 minggu dan dalam pemerhatian doktor kerana kandungannya berisiko. Tetapi usia kandungan tak panjang, dia mengalami pendarahan yang teruk, sakit yang teruk sehingga tidak sedarkan diri. 

Apabila dihantar ke hospital, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum diarahkan oleh doktor untuk terus ke bilik pembedahan. 

Selepas 5 jam, doktor keluar dan memaklumkan bahawa sepupu saya sudah tiada. Subhanallah, sedih sangat dan terkilan pun ada.

Patutlah doktor dan jururawat selalu bising kalau para ibu mengandung dekat-dekat. Barulah saya faham sekarang. 

Semoga cerita ini boleh dijadikan sebagai iktibar bagi kita semua. Al-fatihah untuk arwah Siti Suhaila. Semoga arwah tenang di sana. Amin.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 6382087864251603749

Post a Comment

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item