Lusa Dah Nak Nikah, Harini Si Lelaki "Main" Dengan Perempuan Lain
https://kainkembang.blogspot.com/2015/10/lusa-dah-nak-nikah-harini-si-lelaki.html
Seorang wanita yang bakal
melansungkan perkahwinannya dalam 3 hari lagi meluahkan perasaan dan meminta
pandangan pemilik laman Pesona Pengantin akan masalah tunangnya yang didapati
curang.
"Assalamualaikum admin Pesona Pengantin. Saya nak minta pandangan
admin dan rakan-rakan. Saya dan tunang akan berkahwin pada hari Sabtu ini.
Tetapi dia telah menimbulkan masalah yang saya memang tidak boleh terima. "Last
night, birthday saya. Kami sudah berjanji akan menyambutnya bersama-sama.
Tetapi last minute, dia batalkan sebab ada hal penting katanya. Saya mengiakan sajalah
walaupun agak terkilan.
"Saya mendapat panggilan dari rakan yang
memaklumkan ternampak tunang saya dengan perempuan lain. Pada mulanya saya
tidak percaya. Tetapi bila kawan saya datang menjemput dan tunjuk sendiri, saya
rasa sangat terkilan. "Kami mengekori mereka dari One Utama sehingga ke
Seksyen 25 Shah Alam. Yang paling saya terkejut, mereka berhenti dan masuk ke
hotel. "Dalam 15 minit menunggu di
luar, saya tak berani nak masuk namun dipaksa juga oleh rakan.
Seperti yang
diduga, apa yang saya takutkan selama ini memang terjadi. Gelap dunia saya.
Kecewa, terkilan, semua bercampur-campur.
"Saya memang tidak boleh menerima kenyataan. Dia meminta maaf. Saya
tak dapat menerima kemaafannya. Tetapi bila dia suruh ingat kembali pada
keluarga dan majlis perkahwinan kami yang tinggal beberapa hari saja lagi, saya
menjadi serba salah. Apa ayang harus saya lakukan? Betul-betul buntu,"
katanya.
Rata-ratanya netizen
menyarankan agar wanita itu memilih jalan yang perit namun ia adalah untuk
kebaikan masa depan. "Putuskan hubungan sekarang walaupun perit, malu dan
sedih dari dah ada ikatan. Allah sudah berikan petunjuk bahawa dia tidak layak
menjadi suami kamu," kata Salmi.
Bagaimanapun, ada yang menasihatkan agar
meminta petunjuk dari Allah dan usah diikut pendapat di media sosial yang
dipengaruhi emosi amarah. "Sebaiknya awak sujudlah di depan Allah. Buat
istikharah mohon petunjuk. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi, boleh jadi
dari instict awak. Kalau belum kahwin dah berani bawa masuk hotel, apatah lagi
bila awak dah kahwin, bila sudah berbadan dua dan berpantang, bila dia 'tak dapat'
maka dia mula akan mencari 'lubang' lain.
"Mintalah nasihat orang tua kerana mereka lebih mengerti. Jangan
kerana awak taksub dengan cinta, awak membelakangkan ibu bapa dalam membuat
keputusan. Andai cinta pada awak dia telah robekkan, macam mana cintanya pada
Allah? Kalau dia cintakan Allah sudah pasti dia takut untuk meluncur ke hotel
bersama yang bukan mahramnya. Lebih baik awak kecewa/malu sekarang dari awak
menderita dan menjadi bahan ungkitan dalam perkelahian kelak," kata
Maihani.
Netizen luah rasa geram + kasihan