(VIDEO) PUNCA Sebenar Isteri DiTETAK Bertubi Tubi Oleh Suaminya Yang ZALIM !
https://kainkembang.blogspot.com/2015/10/video-punca-sebenar-isteri-ditetak.html
PORT DICKSON – Polis berjaya
menahan dua lelaki dipercayai suspek kes tetak seorang wanita kurang dari 30
minit selepas insiden berkenaan berlaku. Suspek berusia 24 dan 26 tahun itu
ditahan polis ketika kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas
terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20-an di kediamannya di Taman
PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.
Ketua Polis Daerah Port
Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis bertindak atas
maklumat ahli keluarga. Menurutnya, sebaik menerima maklumat, polis segera
menjalankan gerakan memburu suspek. “Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta
yang digunakan suspek ketika kejadian jenis Perodua Myvi di kawasan Lukut dan
terus mengekori kenderaan tersebut. “Suspek yang menyedari mereka diekori
memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu
keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan
mereka," katanya.
Baharudin berkata, polis juga
berjaya menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan
mangsa di dalam kereta yang dipandu suspek. “Salah seorang suspek adalah suami
mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari hingga Isnin depan untuk
membantu siasatan. “Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan
kecederaan parah,” katanya.
Terdahulu, mangsa seorang
wanita berusia awal 20-an bekerja di sebuah hotel di Port Dickson telah
diserang tiga lelaki termasuk suaminya. Sinar Harian difahamkan, ketika
kejadian mangsa baru pulang dari tempat kerja dan diserang dengan menggunakan
parang ketika dia turun hendak membuka pintu pagar rumahnya.
Suspek dipercayai telah mengekori
mangsa beberapa kilometer sebelum tiba di rumah dan terus menyerangnya sebaik
sahaja mangsa keluar kereta. Sementara itu, ibu mangsa yang melihat kejadian
berkenaan cuba membantu anaknya selepas diserang menggunakan senjata dipercayai
parang ditolak sehingga jatuh. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,
tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port
Dickson.
Namun, seorang pengguna
Facebook yang menggunakan nama Jay Alagan telah tampil bagi menjelaskan cerita
sebenar mengenainya. -kainkembang