Akhirnya Pemilik Gambar Viral Tampil Cerita Perkara Sebenar, Setelah 8 Tahun Berdiam Diri




Sekiranya anda masih ingat, gambar-gambar diatas adalah gambar yang pernah viral satu ketika dahulu.

Satu ketika dahulu pernah kecoh apabila gambar beberapa wanita memegang khinzir mula tersebar secara meluas.

Menerusi satu posting di Facebook, seorang individu yang mengaku tuan empunya badan kepada gambar diatas ; yang juga seorang doktor vaterinar; akhirnya membuka mulut menjelaskan perkara sebenar di sebalik cerita yang timbul.

Secara ringkasnya, wanita tersebut berkata gambar-gambar tersebut adalah satu koleksi peribadi yang telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kursus ini adalah satu kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar yang mengambil jurusan Doktor Perubatan Veterinar.

Menurutnya juga, dia terpaksa menahan pelbagai tohmahan selama 8 tahun kerana menganggap orang ramai tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Selama 8 tahun saya hanya berdiam diri dengan tohmahan, cacian, fitnah, seperti murtad, penghinaan kepada ibu dan ayah saya kerana telah membesarkan saya, ugutan, ancaman dan sebagainya.. kerana saya menganggap kalian mungkin tidak mengetahui.

"Kursus ini merupakan salah satu subjek wajib ketika kami belajar dalam jurusan Doktor Perubatan Veterinar.

"Sedia maklum, veterinar merangkumi semua jenis haiwan untuk pembelajaran dan kajian seperti penyakit-penyakit yang mungkin boleh menjangkiti haiwan dan manusia (H1N1, Nipah Virus, Rabies-anjing gila, Leptospirosis, Selsema Burung, dan sebagainya).

Selain itu, doktor itu juga berkata gambar-gambar itu dahulunya mula tersebar melalui emel, memandangkan Facebook masih belum terkenal lagi pada ketika itu.

Perkongsian penuh dari doktor tersebut

AMARAN! IMEJ YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU MENTAL DAN PERASAAN SESETENGAH INDIVIDU

To those yang dah banyak cakap buruk pasal 'perempuan' ni.. saya maafkan anda semua..

Bismillahirrahmanirrahim. .
Assalamualaikum..

Kepada admin dan individu yang menyebarkan gambar-gambar ini..saya ucapkan tahniah jika post ini dapat meningkatkan bilangan likers dan pengunjung blog anda..

Saya merupakan seorang Doktor Veterinar. Gambar tersebut merupakan gambar ketika saya menjalani latihan praktikal kira-kira 8 tahun lalu. Dan gambar-gambar ini telah pun tersebar luas suatu masa dahulu dan sepanjang 8 tahun ini.(Masa tu Facebook pun tak famous lagi)

Pada mulanya saya berniat untuk hanya berdiam diri tentang penyebaran cerita yang berlaku. Tetapi saya terpaksa membuat sesuatu untuk meredakan kekecohan yang berlaku, dan fitnah yang semakin tersebar dengan jayanya.

Bukan untuk menegakkan benang yang basah, dan bukan pula untuk bercakap tentang hukum agama.. sesungguhnya saya tidaklah layak.

Di sini saya sertakan kronologinya..

Gambar diambil sekitar tahun 2007 hanya untuk SIMPANAN PERIBADI

Malangnya ada pihak tak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar-gambar ini TANPA KEBENARAN saya dan tanpa usul periksa (ketika itu penyebaran melalui e-mail).

Yang menjadi persoalan saya hingga hari ini, ramai lagi rakan-rakan saya yang mengambil gambar sebagai kenangan ketika itu tidak pula disebarkan. Kenapa hanya gambar saya yang menjadi 'pilihan'?

Selama 8 tahun saya hanya berdiam diri dengan tohmahan, cacian, fitnah, seperti murtad, penghinaan kepada ibu dan ayah saya kerana telah membesarkan saya, ugutan, ancaman dan sebagainya.. kerana saya menganggap kalian mungkin tidak mengetahui.

Kursus ini merupakan salah satu subjek wajib ketika kami belajar dalam jurusan Doktor Perubatan Veterinar.

Sedia maklum, veterinar merangkumi semua jenis haiwan untuk pembelajaran dan kajian seperti penyakit-penyakit yang mungkin boleh menjangkiti haiwan dan manusia (H1N1, Nipah Virus, Rabies-anjing gila, Leptospirosis, Selsema Burung, dan sebagainya).

Cara-cara menyucikan dari najis berat juga di ajar dan diprakktikan ketika di Universiti. Jadi, saya harap kalian tidak pertikaikan tentang adakah saya sertu atau tidak selepas melakukan tugas saya.

Jika tersebarnya gambar- gambar yang berlaku adalah 'kesalahan' saya, menyebabkan saya dikeji dan dihina.. cukuplah hanya saya sahaja yang mendapat cacian dan cemuhan.. jangan dikaitkan dengan ahli keluarga, agama, universiti dan pensyarah saya. Mereka tidak bersalah dalam hal ini.

Walaupun ada yang menyamakan rupa saya dengan makhluk ciptaan Allah itu..saya maafkan anda.. sekurang-kurangnya saya mempunyai cukup sifat dan deria..Alhamdulillah kerana ciptaan-Mu ya Allah..

Selama 8 tahun saya bersabar dengan segala celaan dan komen2 yang tidak elok.

Tetapi, mungkin kali ini saya terpaksa bersuara untuk mengelakkan saudara saudari mendapat dosa kering dengan komen-komen yang tidak baik ini.

Saya mohon maaf jika post ini mengganggu perasaan mana-mana pihak.

Untuk makluman semua, Alhamdulillah saya telah pun mempunyai sebuah Klinik Veterinar di Kota Kemuning, Shah Alam (Serv-U Veterinary Clinic & Surgery) dan sebuah lagi klinik di Bandar Sri Damansara (Trio Veterinary Clinic & Surgery) atas doa rakan-rakan dan keluarga yang banyak menyokong saya selama ini.

Dan saya berharap, janganlah kerana post yang diviralkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab ini menjadikan profession Doktor Veterinar ini di pandang hina dan menjadi tempias kepada rakan-rakan Veterinar saya yang lain.

Sesungguhnya rakan-rakan Veterinar saya ini telah banyak mempertaruhkan nyawa mereka apabila berhadapan dengan penyakit-penyakit berjangkit yang melibatkan haiwan dan manusia. Kerana kami merupakan 1st line defense yang akan di hantar apabila ada 'outbreak' penyakit yang zoonotik (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia).

Jika post ini berterusan dan diviralkan tanpa usul periksa, saya nasihatkan agar admin atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar ini bersedia untuk sebarang kemungkinan tindakan undang-undang.

Oh ya..di sebalik peristiwa 'pahit' ini yang berlaku pada saya 8 tahun lalu, kursus ini tidak lagi diwajibkan kepada junior-junior saya selepas itu.. hey guys! You are so lucky! Hehehehe.. well.. mungkin ini lah yang dikatakan HIKMAH di sebalik kejadian.. EXPERIENCE is the best TEACHER, right?

Saya nak minta TOLONG sangat-sangat.. tolong jangan main sentimen perkauman atau agama dalam hal ini ya. Jangan kerana kesilapan individu, kaum atau agama di petik.

Segala yang buruk datang dari diri saya sendiri, segala yang baik datang dari Allah s.w.t.
Hanya Allah yang berhak menghakimi hamba2-Nya.

Semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua. Aamiin..

Assalamualaikum.
DR. SALEHATUL KHUZAIMAH MOHAMAD ALI




Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item