[VIDEO] Artis K-Pop Ini Jatuh Terlentang 9 Kali Ketika Buat Persembahan Ditonton SEJUTA Kali


Scroll Ke Bawah Untuk Melihat Video

Menjaga setiap langkah semasa membuat persembahan di atas pentas sudah pasti menjadi satu perkara yang amat dititik beratkan oleh ramai penyanyi, mungkin kerana takut tersilap langkah atau demi memastikan persempahan yang dilakukan adalah yang terbaik.

Terbaru video sebuah kumpulan K-Pop wanita yang terjatuh semasa membuat persembahan telah menjadi viral di laman Youtube.

Video ini menjadi viral bukan hanya kerana penyanyi-penyanyi ini jatuh tetapi sikap mereka yang terus membuat persembahan demi membari kepuasan peminat yang setia memberi sokongan.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gfriend itu membuat persembahan dengan menyanyikan lagu terbaru mereka berjudul Me Gustas Tu di mana semasa menari di pentas beberapa ahli kumpulannya dilihat jatuh.

Dikatakan lantai pentas menjadi licin kerana baru berlaku hujan lebat sebelum itu menyebabkan lantai basah.

Turut tersembam di hadapan penonton dan peminat mereka, Sin B juga mengalami nasib yang sama dengan Yuju.

Walau bagaimanapun, semangat dan komitmen yang mereka tunjukkan itu dikatakan telah memberi inspirasi kepada orang ramai yang menyebabkan video itu viral.

Video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 1 juta kali sejak ia dimuat naik pada sabtu lalu.



Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item