MashaAllah ! Jihan Harus KUAT Menghadapi Ujian DariNya ! Kesiannya.. Baru Je Kahwin..


Beberapa hari lalu industri hiburan tempatan kecoh apabila akaun sosial media mereka digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Ramai yang telah menjadi mangsa, terbaru InstagramJihan Muse pula menjadi korban apabila beliau telah kehilangan sehingga 1 juta pengikutnya.


Menurut Jihan, beliau hanya menyedari akaunnya digodam pagi tadi setelah semua gambar dan pengikutnya yang sudah mencecah 1 juta telah hilang sekelip mata. Malah akaunnya juga turut dicemari dengan video-video lucah yang ditinggalkan oleh individu terbabit.

Jelasnya lagi, sebelum ini beliau mendapat emel yang meminta untuk mengesahkan akaun Instagramnya bagi mendapat bluetick. Kononnya ingin menyelamatkan akaun media sosialnya, Jihan mematuhi arahan terbabit dan secara tiba-tiba semua gambar dan pengikutnya hilang.

Nampaknya semakin menjadi-jadi gejala menggoadam akaun media sosial selebriti ini. Sebelum ini, Emma Maembong dan Wawa Zainal sudah terkena, diharap selepas ini, selebriti lain perlu lebih berhati-hati mengendalikan akaun media sosial masing-masing.



Jihan Muse Akui Tertekan Instagram Digodam, Tampil Dengan Akaun Baru


Selepas akaun media sosialnya digodam beberapa hari lalu, Jihan Muse akui tertekan dengan keadaan itu kerana baginya media sosial adalah antara portfolio penting bagi selebriti sepertinya. Bagaimana pun, beliau kini tampil dengan akaun baru, @ku.jihanmuse

“Ia sedikit sebanyak merunsingkan saya kerana tidak mahu peminat salah faham dengan pihak yang ingin mengaut keuntungan menerusi jalan mudah. Saya juga bimbang jika pihak tak bertanggungjawab itu memuat status yang bukan-bukan, yang akhirnya mencalarkan imej saya”

Tegasnya lagi beliau memohon kepada pihak tertentu yang sewenangnya menggunakan nama beliau supaya tidak terus menipu peminatnya demi kepentingan diri. Malah, beliau juga berharap orang ramai dapat mengambil langkah berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.“Saya pula tidak dapat menggunakan nama yang sama kerana ada pihak menegaskan dirinya adalah saya. Oleh itu, saya tampil dengan nama @ku.jihanmuse setelah puas mencuba beberapa kali untuk menghasilkan akaun Instagram baharu,” katanya kepada Berita Harian Online.

Artikel Berkaitan

GOSSIP 1607297045321601937

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item