(GAMBAR) Terbaik ! Highway "Terapung" Di Hebei, China Sangat Awesome!!
https://kainkembang.blogspot.com/2015/09/gambar-terbaik-highway-terapung-di.html
Di
Malaysia biasanya jika ada kawasan bukit bukau, jalan raya akan dibina
melingkari permukaan bukit. Case in point ialah jalan raya menaiki Cameron Highlands.
Kalau mahu cepat terowong dibina. Case in point Terowong Menora diantara Ipoh
dan Kuala Kangsar.
Di
Provinsi Hebei,China mereka mempunyai dilema yang sama ketika membina jalan
raya diantara Xingshang County dan Jambatan Zhaojun. Jalan raya ini perlu
melalui kawasan berbukit bukau. Kerana jurubina tidak mahu menebuk terowong
menembusi kawasan pergunungan dan memusnahkan keindahan semulajadi, mereka
membina jalan raya di atas permukaan sungai. Empat daripada sepuluh kilometer
jalan raya baru ini dibina di atas permukaan sungai. Kos pembinaan ialah
sekitar 440 Juta Yuan (RM 292 Juta) dan adalah lebih mahal dari kos pembinaan
biasa. Tetapi bagi penududuk setempat jalan raya "terapung" di atas
sungai ini bukan sahaja unik tetapi memberikan pemandangan yang cantik apabila
digunakan.