"Saya Hanya Mahu Sederhana" - Keith Foo
https://kainkembang.blogspot.com/2015/09/saya-hanya-mahu-sederhana-keith-foo.html
Pelakon
Keith Foo memberitahu bahawa pihaknya akan mengadakan majlis resepsi
perkahwinan pada awal tahun hadapan. Keith Foo dan juga model, Kim Raymond
telah berkahwin pada Disember 2014.
“Pada
mulanya kami ingin buat majlis tersebut pada tahun ini, namun kerana terlalu
sibuk dengan urusan kerja hingga sudah masuk ke hujung tahun, jadi lebih baik
kami buat awal tahun depan sahaja. Majlis tersebut akan dibuat sederhana
sahaja, saya rasa tidak perlu untuk membazir dengan mengadakan majlis mewah”
“Duit
tersebut boleh simpan untuk masa depan daripada membazir,” katanya kepada mStar
Online yang sebelum ini dikatakan cuba merahsiakan perkahwinan mereka daripada
diketahui umum sebelum berjaya dihidu sendiri oleh pihak media.
Menurut
Keith, dia sudah mengenali isterinya itu selama 13 tahun, sejak dari kecil.
Menyentuh isu mengapa tidak menghebahkan perkahwinan, Keith bependapat bahawa
isu tersebut tidak perlu dihebahkan.-kainkembang