KEJAM ! Kanak-Kanak MAUT DITETAK, Kerana Membuat BISING


Chiang Mai (Thailand): Empat budak dan seorang budak perempuan berusia antara lima bulan hingga lapan tahun mati ditetak oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental daerah Chai Prakarn Chiang Mai manakala ibu kepada tiga daripada kanak-kanak itu, cedera.

Menurut The Nation, lelaki itu, Asapa Siwua, 22, dibebaskan dari hospital di Chiang Mai sebulan lalu, masuk ke dalam rumah dengan membawa pisau besar lalu menetak kepala dan leher kanak-kanak terbabit. Mereka dikenal pasti sebagai Wasant Sae Ying, Aaref Sae Ying, Singju Sae Ying, Hao Sang Sae Ying dan Theerawut Denwipailertlam.

Yikor Sae Jern, ibu kepada dua budak anak budak perempuan yang dibunuh, luka dari muka hingga ke telinga. Dua lagi budak yang menjadi mangsa ialah anak saudara Yikor dan anak jirannya.

AP melaporkan, jurucakap polis Leftenan Kolonel Sombat Kalasuk berkata, lelaki itu menjadi berang dengan bunyi bising dari rumah jirannya iaitu rumah mangsa lalu mengambil pisau sepanjang 47 sentimeter di dapur dan pergi ke rumah berkenaan dan membunuh kanak-kanak terbabit.

Tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa ditemui dalam rumah manakala seorang lagi ditemui berhampiran pagar di luar rumah. Budak kelima mati di hospital.

Selepas melakukan pembunuhan itu, lelaki berkenaan masuk ke dalam rumahnya dan penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan.

Apabila polis tiba dan membawa keluar lelaki itu, penduduk menyerangnya hingga dia cedera.



Artikel Berkaitan

Gadis 'DIRATAH' Lelaki Negro Di Tandas Stesen Minyak Selama 30 Minit

Kisah ini, mungkin ada yang sudah pernah baca. Walaupun begitu, wajar dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati apabila menggunakan tandas di luar san...

Azwan Ali Buat Laporan Polis Kerana Takut Disunat Kali Kedua ?

Jika sebelum ini Azwan Ali pernah membuat laporan kerana menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri, baru-baru ini selebriti yang sinonim dengan panggilan diva ini turut membuat laporan polis ...

Padah "Show Off" Kekayaan, Anak Rozita Che Wan Dapat Balasan CASH !

3 Januari, Ammar Effendy, anak kepada pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, memuat naik gambar diri dan adiknya memegang beg shopping dalam percutian mereka di luar negara den...

Post a Comment

PopularArkib

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item