"Kerajaan Arab Saudi Perlu Bertanggungjawab Berikutan Malapetaka Ini," - Pemimpin Agung Iran
https://kainkembang.blogspot.com/2015/09/kerajaan-arab-saudi-perlu.html
TEHRAN: Pemimpin agung Iran,
Ayatollah Ali Khamenei berkata 'salah pengurusan' dan 'langkah tidak sesuai'
yang diambil pihak berkuasa Arab Saudi menyebabkan kejadian rempuhan menimpa
jemaah haji di Mina.
Iran mengumumkan tiga hari
berkabung susulan tragedi itu apabila sekurang-kurangnya 90 rakyatnya maut
dalam kejadian rempuhan itu.
"Kerajaan Arab Saudi mesti
menerima tanggungjawab yang besar berikutan malapetaka ini," kata Khamenei
dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA.
Setakat ini, kejadian rempuhan
di Mina itu sudah mengorbankan 717 nyawa manakala sekurang-kurangnya 863 lagi
cedera. - AFP