"Pemasangan Bendera Daerah Menggantikan Jalur Gemilang" menjadi viral - Isu Turun Jalur Gemilang

NUSAJAYA: Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata kerajaan Johor menafikan dakwaan bahawa Johor mahu keluar dari Malaysia berikutan satu surat rasmi dari Pejabat Daerah Segamat yang menggesa Jalur Gemilang digantikan dengan bendera daerah masing-masing tersebar di media sosial.

Malah, Johor bersetuju untuk kekal bersama dengan kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi, kata beliau.

"Adalah mustahil untuk kerajaan negeri keluar dari Malaysia dan membina negara sendiri kerana untuk melakukannya perlu melalui pelbagai prosedur.

"Saya berharap selepas ini, jika terdapat sebarang isu atau soal Johor mahu keluar dari Malaysia, sila rujuk kepada peringkat kerajaan negeri sebelum membuat sebarang andaian," katanya memetik laporan dari mStar Online.

Ismail Karim menjelaskan perkara itu ketika ditemui pemberita di Bangunan Dato Jaafar Muhammad hari ini.

Sebelum ini, surat pekeliling yang menggunakan kepala surat Pejabat Daerah Segamat dengan tajuk "Pemasangan Bendera Daerah Menggantikan Jalur Gemilang" menjadi viral di media sosial.

Surat yang bertarikh pada 17 September itu menulis Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengarahkan agar bendera Jalur Gemilang di Johor diturunkan serta merta dengan bendera daerah masing-masing kerana sambutan Hari Kebangsaan sudah berakhir. -kainkembang

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 5255250748630292198

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item