Subhanallah!! Seorang Jutawan Mesir Mahu Membeli Sebuah Pulau Untuk Penempatan Pelarian Syria

Simpati dengan nasib yang menimpa ratusan ribu pelarian Syria, seorang jutawan Mesir, Naquib Sawiri menyatakan hasratnya untuk membeli sebuah pulau bagi untuk penempatan mangsa-mangsa.

Beliau sedang mempertimbangkan mana-mana pulau yang bersesuaian di Greece atau Itali.

Hal itu diumumkan Naquib melalui laman mikro Twitter.


Rata-rata pengikutnya menyokong hasrat murni Naquib sebagai usaha membantu pelarian Syria.




Naquib mengesahkan hasratnya itu melalui temubual bersama media antarabangsa AFP.

Dikatakan beliau akan menamakan pulau berkenaan sebagai Aylan, bersempena nama salah seorang mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak Syria berusia 3 tahun yang mati lemas bersama ibu dan abangnya selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Turki


Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 2956179098903813417

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item