Subhanallah ! Angka Kematian Semakin Meningkat & Tiada Jemaah Malaysia Setakat Ini




Setakat ini tidak ada lagi jemaah Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden rempuhan di Mina, demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Kerja-kerja mengesan jemaah haji dari negara ini sedang dilakukan oleh pihak Tabung Haji (TH) buat masa ini.

"Setakat ini, tiada lagi mangsa, tetapi masih belum dapat disahkan secara rasmi. Kejadian baru saja berlaku. 

"Kejadian bukan berlaku di tempat melontar jamrah tetapi berlaku di laluan pejalan kaki antara khemah yang didirikan di sini," katanya memetik Berita Harian.

CNN dalam laporan terbarunya melaporkan lebih 300 jemaah haji terbunuh dalam kejadian himpit-menghimpit di luar Mekah, sementara itu 400 orang lagi dilaporkan cedera dalam kejadian di Mina, kira-kira 5 kilometer dari Mekah.

Operasi menyelamat sedang dijalankan buat masa ini.


Angka kematian berikutan insiden rempuhan jemaah haji di Mina yang berlaku pada hari ini meningkat kepada 453 orang.

Laporan dari Pertahanan Awam Arab Saudi itu turut menyatakan seramai 719 orang cedera dalam kejadian yang berlaku di Jalan 204 di Mina, luar Makkah.

Jalan 204 adalah salah satu dari laluan utama dari khemah di Mina menghala ke Jamrah.-kainkembang

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 4482565513167105729

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item