"Seksi Kan Subjek Subjektif?" - Ujar Tasha Shilla Mengenai Fesyennya Baru-Baru Ini

Pelakon Tasha Shilla enggan mengulas tentang penampilan melampaunya ketika menghadiri satu majlis perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Saya tak lihat itu sebagai seksi. Seksi kan subjek subjektif? Orang mungkin nampak saya seksi. tetapi saya tak nak komen panjang hal ini. Semua atas paksi saya gemar berfesyen. Sekali lagi saya tak mahu kaitkan agama dalam hal ini. Saya buat ini kerana kerjaya,” ujarnya memetik Rotikaya hari ini.

Sedar akan kontroversi itu, Tasha bagaimanapun mengambil prinsip apa yang dilakukannya selama ini hanya mahu menjadi dirinya sendiri.

Pelakon itu mahu semua pihak memberinya masa untuk berubah atas kerelaan sendiri.

“Beri saya masa. Jangan harap saya akan berubah sekelip mata. Biar saya berubah tanpa paksaan sesiapa tetapi dengan izin-Nya. Cuma sekali lagi saya nak minta maaf kepada semua, andai ada salah silap saya selama ini,” tambahnya lagi.


Baju yang dipakainya baru-baru ini menerima cemuhan dan kritikan ramai pihak kerana ia mendedahkan bahagian perut, paha dan belakang badannya. -kainkembang

Artikel Berkaitan

GOSSIP 6745365322964353309

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item