LAGI ! Warga Bangladesh Tikam & Ragut Penderma Masjid Sehingga Maut ! Subhanallah !
http://kainkembang.blogspot.com/2016/03/lagi-warga-bangladesh-tikam-ragut.html
Ajal Peminta Derma Ditikam Peragut Hingga Maut|Seorang lelaki yang sudah berumur peminta derma, ditemui maut dipercayai di ragut dan di tikam oleh dua orang lelaki yang Tidak dikenali menaiki Lc biru memiliki yang memiliku wajah seperti lelaki bangladesh.
Dalam kejadian di area pekan tanjung karang sekitar jam satu lebih kurang dini hari ,difahamkan dari sumber pagi sebelum kejadian dia sempat bersembang dengan mangsa yang katanya berasal dai pattani datang ke pekan tanjung karang untuk meminta derma pembangunan masjid AL-muna.
Mangsa yang di tikam di bagian dada dan mengalami pendarahan teruk membuat mangsa meninggal di tempat kejadian.kedua lelaki berkenan dipercayai lari setelah menikam mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa dikenali sebagai Chemusor Masor, 59, dari Narathiwat, didatangi sebuah motosikal jenis Yamaha LC dinaiki dua lelaki di kaki lima bangunan kedai berkenaan.
Menurutnya, pembonceng motosikal itu merampas beg silang dan juga mengambil wang derma yang berada dalam kotak yang dibawa mangsa.
“Berlaku tarik menarik beg itu sebelum mangsa ditikam tiga kali dan suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal ke jalan besar menuju ke Kuala Selangor.
“Mangsa kemudiannya cuba berjalan bagi meminta pertolongan sebelum rebah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tanjong Karang,” katanya