'Tentu Ibu Bapa Abang Terkejut Tengok Anak Mereka Pulang Bawa Kereta Honda Accord !’


Suami: Timah, hati abang berdebar debar la nak balik kampung lepas 22 tahun.

Isteri: Ya la, Timah pun berdebar2 juga. Selama 18 tahun kita kawin tak pernah sekali pun Timah jumpa ibu bapa dan adik beradik abang. Mula2 abang kata abang yatim piatu hanya tahun lepas baru abang ngaku abang ada ibu bapa dan adik beradik. Kenapa bang?

Suami: Dulu abang miskin Timah. Abang minta nak ke KL tapi bapa abang tak bagi. Satu hari abang bergaduh besar dengan bapa abang. Dia kata kalau abang pi KL hidup abang akan merempat. Pada hari tu juga abang kemas dan lari keluar dan bersumpah pada diri abang yang abang tak akan balik selagi abang tak berjaya. Sekarang kita dah berjaya teringin abang nak balik jumpa mak bapa dan tunjukkan kepada mereka yang anak mereka dah berjaya.

Isteri: Tentu ibu bapa abang terkejut ya tengok anak mereka pulang bawa kereta Honda Accord.

Suami: Eh, kita terlepas jalan ka? Kalau tak silap ini lah lorong ke rumah keluarga abang.

Isteri: Cuba masuk la? Dah 22 tahun abang keluar tentu la dah berubah.

Suami: Nanti abang tanya pak cik tu. Salammualikum pak cik, tumpang tanya, sini jalan ke rumah Pak Mat ka?

Pakcik: Pak Mat mana tu anak. Kampung ni ada banyak pak mat. Ada Pak Mat cirit, Pak Mat gelong, Pak Mat Haadyai, Pak Mat 385 dan Pak Mat Tukang.

Suami: Pak Mat Tukang pak cik. Dia bapa saya.

Pak Cik: Oh ni Tajuddin la kan? Anak Mat yang lari dulu tu?

Suami: Ya pak cik, saya Tajuddin. Mana rumah bapa saya pak cik, rindu saya nak jumpa dengan dia. Dah lama.

Pak Cik: Oh dia dengan ramai lagi orang kampung dah pindah ke kampung seberang jalan tu.

Suami: Yang seberang jalan tu? Tapi situ semua rumah bangalo saja pak cik. Rumah besar2 belaka dan kereta mahal2.

Pak Cik: Ya la, bapa awak lani dah duduk di bangalo. Dia pakai BMW 7 siri. Kawasan sini lani hanya utk kakitangan kerajaan dan orang makan gaji saja duduk. Kawasan seberang jalan tu semua untuk petani2 dan pekerja pekerja kampung dulu. Kalau tak silap mak dan bapa awak baru saja balik makan angin di Switzerland.

Suami: Er, nak tanya sikit, macam mana bapa saya dan petani2 dan tukang kampung macam bapa saya boleh senang pak cik?

Pak Cik. Orang2 yang duduk sebelah sini semua yang makan gaji. Gaji 4 ribu keatas. Sebelah sana yang duduk banglo tu semua pindah sana lepas dapat BR1M.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 8089212844264041915

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item