'BERSAMA' Sebulan Sekali, Khai & Rosma Dedah Rahsia Kebahagiaan Mereka
http://kainkembang.blogspot.com/2016/01/bersama-sebulan-sekali-khai-rosma-dedah.html
Sejak mula mendirikan rumah tangga lapan tahun lalu, pasangan selebriti Khai dan Rosma mempunyai cara tersendiri bagi memastikan kebahagian bahtera yang dibina kekal berpanjangan.
Khai berkata, seperti mana kehidupan pasangan suami isteri lain, dia dan isterinya juga ada ketikanya menerima ujian dan cabaran. Namun dia dan isterinya memengang kuat pada tiga prinsip iaitu jujur, amanah dan bertanggungjawab.
Disamping mengamalkan cara iaitu meluahkan perasaan atau apa saja yang menimbulkan ketidakpuashatian sesama mereka berdua dan kemudian berjanji masing-masing akan memperbaiki kekurangan tersebut.
"Tiada manusia yang sempurna. Dalam berumah tangga, kami berpegang pada prinsip jujur, amanah dan bertanggungjawab.
"Sejak dari mula kahwin hingga sekarang, setiap masa kami belajar dan memperbaiki apa yang kurang dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
"Sekurang-kurang sebulan sekali kami akan duduk bersama berdua, berbual dan luahkan apa yang terbuku di hati misalnya ada rasa yang tidak puas hati walau sebesar zarah pun kami akan luahkan. Kemudian kita sama-sama perbaiki kesilapan dan kekurangan tersebut.
"Dulu masa awal-awal kahwin, kami buat cara tulis surat sebab masa tu masih malu-malu lagi. Sekarang dah lapan tahun bersama, utu antara perkara yang kami amalkan dan secara tak langsung ia mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kami," katanya Khai disamping Rosmah disisinya.
Pasangan ini ditemui pada sidang media Bazaar Mega Hijra, bertempat di Restoran Hadramawt, Jalan Ampang, pada Khamis.
Khai atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Mohammmad Wahi, 37, berkahwin dengan Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidek, 31, pada 28 April 2008. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 7, dan Nur Amani Damia, 2.
Sementara itu, Khai dan Rosmah kini sibuk menjalankan perniagaan produk kesihatan dan pelangsingan badan, Magic Slims, yang dijalankan sejak setahun lalu. Produk tersebut boleh diamalkan oleh kaum wanita mahupun lelaki.
Berkongsi lanjut, Khai berkata dia bersyukur kerana perniagaannya itu semakin berkembang di merata tempat di tanah air seperti di Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Negeri Sembilan termasuklah hingga ke Brunei juga Singapura.
Celah Rosma, dia sendiri mengamalkan pengambilan produk tersebut dan ternyata menunjukkan hasil apabila berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 9.7KG dalam masa dua bulan.
"Produk ni bukan saja untuk kurus tapi ia membantu meningkatkan mretabolisma dan untuk detoks. Sebelum kami mula jual, saya cuba dulu sebab nak pasti betul-betul keberkesananya.
"Kalau dulu masa lahirkan anak pertama, saya ambil masa setahun untuk dapatkan semula berat badan ideal. Keyika itu saya amalkan diet disamping bersenam. Tapi selepas lahirkan anak kedua, saya cuba produk ini dan dalam masa dua bulan dan tanpa bersenam saya berjaya turunkan berat daripada 56.7kg kini 47kg.
"Pengalaman yang saya alami ini saya kongsi pada pelanggan-pelanggan kami. Ada juga pelanggan yang beli sebab bukan saja nak kurus tapi ada yang nak kurus sebab mahu mengandung. Ada yang selalu sakit lutut, pinggang tapi selepas minum mereka rasa perubahan tersebut dan semakin baik," terangnya dengan panjang lebar.
Perkembangan lain, Khai dan Rosma dalam perancangan menghasilkan single terbaharu.
"Memang ada rancangan nak keluar dengan single baharu tapi tak pasti lagi sama ada kami mahu berduet lagi atau pun single solo masing-masing," kata Khai sebelum mengakhiri perbualan.