MASHAALLAH ! Mayat Bayi Ditemui TERAPUNG Dalam Loji Kumbahan Kolej Swasta
http://kainkembang.blogspot.com/2016/01/mashaallah-mayat-bayi-ditemui-terapung.html
Mayat bayi ditemui dalam loji kumbahan kolej swasta
Mayat bayi yang dijumpai. Ia dipercayai mayat bayi ini keluar
melalui lubang saluran kumbahan yang datang dari tandas asrama kolej berkenaan.
- Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sedang giat menjalan
siasatan berikutan penemuan mayat bayi yang masih bertali pusat terapung dalam
loji kumbahan sebuah kolej swasta di Setiu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata mayat
bayi perempuan berkenaan dijumpai kira-kira pukul 3.30 petang Selasa oleh
seorang pekerja kontrak pembersihan.
Menurut Wan Abd Aziz, berdasarkan kepada keadaan mayat, pihaknya percaya bayi
yang cukup sifat itu berada di dalam tangki berkenaan dalam tempoh
48 jam.
"Setelah pemeriksaan ke atas bayi itu, kita dapat bayi tersebut masih
sempurna. Bayi fizikalnya sempurna, hanya terdapat sedikit kecederaan di
bahagian lengan dan peha kiri. Kita percaya kemungkinan kecederaan ni akibat
berada dalam saluran air ini.
"Kita juga percaya mayat bayi ini keluar melalui lubang saluran kumbahan
yang datang dari tandas asrama berkenaan, makna dia flush tandas tu dan masuk
ke dalam kumbahan," kata Wan Abd Aziz pada sidang media di Kuala
Terengganu hari ini.
Beliau berkata mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Setiu untuk dibedah
siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana
menyembunyikan kelahiran.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, klinik kesihatan dan hospital yang
menerima pesakit dalam keadaan mencurigakan tampil ke balai polis berhampiran
untuk membantu siasatan.