Ya Allah!! Sudah Nasib Menghidap Kencing Manis, Ditinggalkan Tunang


BUKIT MERTAJAM - Khairul Helmi Roslan, 26, menghidap kencing manis kronik, menderita apabila berat badannya semakin susut dan hanya mampu terlantar umpama mayat. Malah, jiwanya turut terluka apabila gadis pilihannya turut memutuskan pertunangan mereka pada pertengahan tahun lalu. 

Doktor mengesahkan, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak mengalami sebarang jangkitan kuman pada organ penting, namun berat badannya semakin menyusut dari 103 kilogram ke 35 kilogram, lapor Harian Metro.

Rosmah Sulaiman, 45, berkata, anaknya sebelum ini sihat sahaja sebelum menghidap kencing manis dan bertunang dengan gadis berasal dari Permatang Pauh. Namun setelah disahkan menghidap penyakit kencing manis dan kesihatan semakin merosot, pihak perempuan meminta pertunangan diputuskan agar tidak membebankan kedua-dua pihak. 

Walaupun berat hati, Khairul terpaksa bersetuju biarpun rasa sedih terbuku di hatinya dan menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

"Mereka bertunang pada 2014 ketika anak sulung saya masih sihat dan bekerja. Tetapi kini dia kelihatan seperti mayat hidup," katanya. 

Mujur ada dua orang anaknya, Nurul Atirah, 24 dan Nurul Asyikin, 17, tetap setia membantu menjaga abang mereka itu. 

"Kami sekarang mengharapkan bantuan orang ramai termasuk bantuan Zakat Pulau Pinang RM300 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM400 sebulan. Wang itu digunakan untuk membeli barang keperluan Khairul termasuk susu khas, insulin dan vitamin selain dari perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Bukit Mertajam setiap bulan," katanya.

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 1914190496879120041

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item