[VIDEO] Inilah Luahan Sayu Ibu Nur Atirah Selepas Anaknya Dijumpai. Kesiannya Ibu Yg Kena Maki Hamun


Pelabuhan Klang, 1 Jan - Nama Nur Amirah kini menjadi sebutan di seluruh negara apabila isu kehilangannya menjadi viral di media sosial.

Namun, perkara mengejutkan terjadi apabila Amirah, 14, ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, siasatan awal mendapati dia sengaja membuat cerita dirinya diculik.

Ibu kepada Amirah, Asmah, yang ditemui berkata dia diberitahu oleh anggota polis tentang penemuan anaknya pada jam 10 pagi tadi. Dia juga berkata dia redha dan syukur Amirah ditemui dalam keadaan selamat.

Selain itu, Asmah turut meminta maaf sekiranya kehilangan anaknya menyebabkan pelbagai perkara negatif berlaku.

"Suami segera ke balai polis untuk melihat keadaan anak sulung saya, dan dia masih dalam keadaan baik.

"Saya berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana bertungkus lumus menjejaki anak saya sehingga ditemui.

“Saya akan mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang lagi. Saya dan keluarga harus berbincang sama ada untuk menukarkan dia ke sekolah lain atau sebaliknya," katanya.

Asmah juga berkata dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap anaknya.

Sementara itu, rakan kepada Nur Amirah yang enggan namanya disiarkan berkata Amirah mengenali seorang lelaki yang didakwa teman lelaknya sejak seminggu lalu.

"Sebelum ini, Nur Amirah hanya berkelakuan seperti biasa dan tidak pernah mempunyai masalah dengan keluarga. Jika ada masalah dia ceritakan kepada saya.

"Saya terkejut apabila dia dikatakan dilarikan dan kemungkinan lelaki itu yang mempengaruhi Nur Amirah," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Abdul Samah berkata remaja lelaki itu dan rakannya, 45, ditahan reman bermula hari ini.

"Hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu menumpang di rumah rakan teman lelakinya yang berusia 45 tahun di Bandar Sungai Emas, Banting,” katanya.

Nur Amirah turut disiasat kerana memalsukan maklumat dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.



Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 5222179470068972478

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item