Akhirnya Punca SEBENAR Pihak Sekolah Lambat Buat Laporan Polis Pelajar HILANG TERBONGKAR !


Kota Bharu: Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi di sungai berdekatan pada 1 petang dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.

Warden itu kemudiannya memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.

"Kira-kira 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan sudah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (PENAWAR) Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pada 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos pula warden membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama sudah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung mencari berkenaan.

"Mereka kemudiannya bertemu dengan 16 murid berkenaan di satu lokasi pada 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).

Beliau berkata, rancangan murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah diketahui hasil temubual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.

Katanya, pada 24 Ogos, pihak sekolah dan penduduk kampung meneruskan usaha pencarian bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 kilometer (KM) dari kawasan sekolah serta berjumpa dengan ibu bapa murid-murid berkenaan di Kampung Penad dan Kampung Gawin.

"Bagaimanapun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada 2.25 pagi 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan," katanya.

Katanya, bermula pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan digerakkan, sekali gus menolak dakwaan di sosial yang mendakwa pasukan SAR hanya melaksanakan operasi berkenaan pada 27 Ogos.

"Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka," katanya.

Mazlan berkata, lebih daripada 350 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan awam terbabit dalam operasi berkenaan sehinggalah pasukan SAR menemui mayat pertama pada 7 Oktober lalu.

Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lalu. Mereka antara tujuh murid SK Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lalu kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 9003577086640449612

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item