Sejarah Mungkin Berulang?? Juara AF 2015 DIMALUKAN Peminat Kerana Cerita Hitamnya Dibuka KEMBALI

SHAH ALAM: Tidak lama yang lalu, pernah jadi isu salah seorang artis Singapura yang pernah mendedahkan kisah didera secara seksual oleh bapa tirinya dan menuntut pembelaan ke atasnya.

Selang beberapa ketika, isu ini dilihat semakin reda dan sudah dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Namun, sejurus selepas artis Singapura tersebut dipilih sebagai salah seorang pelajar Akademi Fantasi 2015, isu ini kembali hangat semula dan secara tidak langsung ianya telah membuka aib pelajar tersebut.

Ramai pembaca yang mengatakan mereka tidak pernah tahu mengenai kes ini dan selepas dibangkitkan, mereka tahu bahawa artis Singapura ini pernah menjadi mangsa penderaan sesksual dan liwat.

Lihat komen-komen dibawah:


Baca berita di bawah ini untuk mengetahui siapkah pelajar tersebut:

Pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim berkata, selagi Sufi mampu memberi persembahan yang baik dan menarik tumpuan peminat untuk kekal dalam program tersebut, pelajar berkenaan akan berjaya tanpa melibatkan isu-isu peribadi.

"Saya tak tahu tentang masalah peribadinya (Sufi) yang sedang berbangkit tetapi saya lihat nilai pada bakat yang ingin ditunjukkannya.

"Saya percaya setiap peserta mempunyai masalah personaliti dan peribadi. Bagi saya kita kena tahu ada masanya cerita-cerita peribadi bukan semuanya enak didengar. Artis profesional pun sama.

Sufi, Tegar dan Arif (kanan).

"Tetapi saya percaya, kalau persembahan nyanyian bagus, mereka boleh berjaya. Apa yang saya boleh katakan, biar peminat yang membuat keputusan (sama ada mahu kekalkan Sufi atau tidak)," katanya kepada mStar Online.

Edry ditemui pada Konsert Penentuan AF 2015 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.

Rancangan itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Pada Mac lalu, Sufi yang merupakan peserta AF 2015 dari Singapura membuat pengakuan peribadi dengan media di negara itu pernah diliwat bapa tirinya, Muhammad Arif Dollah.

Pendedahan itu dilakukan selepas penyanyi dari Indonesia, Tegar Septian membuat laporan polis di Singapura kononnya menjadi mangsa gangguan seksual Muhammad Arif yang juga pengurusnya.

Bagaimanpaun Muhammad Arif, 30, dalam mStar Online pada 20 Mei lalu mendakwa bekas anak tirinya itu bersekongkol dengan Tegar membuat tuduhan itu tanpa bukti yang sah.

Sementara itu, Edry berkata, walaupun dia mengambil sikap tidak mengendahkan isu tersebut, dia berharap perkara itu tidak menjejaskan AF 2015.

Edry berkata, dia yakin, peserta AF pada kali ini mempunyai bakat yang luar biasa dan persembahan mereka dilihat lebih baik berbanding musim-musim sebelumnya.

"Walaupun pertama kali membuat persembahan pentas, para pelajar menunjukkan prestasi seperti sudah berada pada minggu ke lapan.

"Saya lihat antara yang cemerlang termasuklah Sufi, Syamel dan Bila. Semua pelajar perlu menunjukkan persembahan yang terbaik kerana saingan mereka cukup hebat.

"Mungkin dalam 99 peratus pihak pengajar boleh bantu mereka. Satu peratus lagi mereka perlu bijak menarik perhatian penonton suka dengan mereka," ujarnya. -kainkembang

Sumber: Mstar & Mforum

Artikel Berkaitan

GOSSIP 6574058544476903882

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item