Seorang Ibu Dipenjara Kerana Leka Bermain "FACEBOOK"?




YORKSHIRE - BRITAIN. Kelekaan melayari laman Facebook menyebabkan seorang ibu dipenjara apabila kelekaan tersebut menyebabkan anaknya mati lemas.

Kanak-kanakt erbabit, Joshua Barnett, 2, lemas apabila terjatuh dalamkolam di halaman rumahnya di Beverley, East Yorkshire pada bulan Mac yang lalu.

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Claire Barnet, 31, ketika itu sedang leka bermain Facebook di dalam rumah sehingga tidak menyedari anaknya terjatuh ke dalam kolam.

Setelah menyedari apa yang berlaku, dia cuba menyelamatkan anaknya namun semuanya sudah terlambat.

Wanita itu juga turut didakwa membiarkan anaknya bermain bersama rakan di atas jalan tanpa pengawasan sehingga menyebabkan dia hampir dilanggar kereta.

"Anak kamu mati akibat kelalaian kamu dan perlu diambil tindakan untuk memberi pengajaran atas tindakan kamu itu," kata Hakim Jeremy Richardson -kainkembang

Artikel Berkaitan

KEMALANGAN 3360166073551509519

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item