VIDEO Ini Membuatkan Seluruh Rakyat Johor Bangga Dengan Raja Mereka !

Seperti yang diketahui ramai, kerabat diraja Johor adalah salah satu kerabat diraja yang sungguh rapat dengan rakyatnya selain Sultan Kelantan, di mana mereka dilihat banyak bercampur dengan rakyat.

Terbaru menjadi perbincangan hangat rakyat terutamannya rakyat Johor, mengenai sebuah video yang memaparkan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil mencemar duli dengan mengisar ais di sebuah gerai menjual air batu campur (ABC) di Pontian.

Video berkenaan telah dikongsikan oleh Tnegku Jalil di laman Instagram miliknya di mana memaparkan bagina dengan bepakaian t-shirt hitam dengan tangan kiri berbalut kelihatan bersahaja mengisar ABC berkenaan dengan sambil diperhatikan oleh pemilik gerai.


Rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Tungku Jalil yang mudah bercampur dengan rakyat kebanyakkan.

izal_oriey melalui akaun Instagramnya berkata "tunkujalil memang sempoi, bila nak datang segamat, datang lah mengejut , dkt hospital segamat, nal sangat tgok tunku dgn style sempoi mesra dgn rakyat, pssssttt!! Tunku, kalau turun hospital segamat, cari saya eaksss, nak bergambo."

Sikap Tungku Jalil juga bukan sahaja disenangi oleh rakyat Johor,

khairie1510  berkata "Tunku, bila nk dtg Sabah? :) org Sabah pun minat ngn Tunku." dan nurfairuz_noordin berkata "Saya bukan rakyat Johor tetapi saya dapat rasakan kasih sayang rakyat Johor kepada tunku. Semoga tunku sihat selalu ��"

Tunku Jalil, anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail sebelum ini bergelut dalam melawan penyakitnya selepas disahkan menghidap penyakit kanser hati dan kini berada dalam fasa pemulihan.

Artikel Berkaitan

VIRAL 6989406691432631708

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item