Polis Dedah DALANG SEBENAR Kes Punculikan Rupanya Adalah JIRAN Mangsa Sendiri !


SHAH ALAM: Polis telah menahan 4 lelaki termasuk seorang ahli perniagaan tempatan yang dipercayai menjadi dalang dalam kes penculikan kanak-kanak lima tahun di Sungai Chua, Kajang pada Jumaat.

Keempat-empat yang ditahan adalah lelaki yang berusia antara 28 - 45 tahun, termasuk seorang warganegara Indonesia dan pemandu teksi yang membawa pulang kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga.

Ketua Polis Selangor, Abdul Samah Mat berkata dalang kes tersebut tinggal 2km - 3km dari rumah keluarga kanak-kanak itu dan dipercayai mengenali bapa mangsa dalam perniagaan.

Abdul Samah turut berkata motif penculikan masih lagi disiasat tetapi tidak menolak kemungkinan dalang yang mempunyai perniagaan pencetakan itu mempunyai masalah kewangan.

Polis berjaya merampas sebanyak RM291,550 duit tebusan dan kini masih lagi menyiasat sama ada masih ada baki yang hilang dan juga suspek-suspek lain yang turut diupah oleh dalang tersebut.

Mencerita semula kes, Abdul Samah berkata kanak-kanak itu diculik oleh tiga lelaki ketika ibunya sedang menghantarnya ke sebuah tadika di Sungai Chua, Kajang pada 9.26 pagi.

Bapa kanak-kanak itu kemudian menerima panggilan telefon pada 10.50 pagi yang meminta wang tebusan RM300,000. Dia kemudian meletakkan duit pampasan itu di bahu jalan berdekata sebuah supermarket di Saujana Impian, Kajang seperti yang diarahkan.

Kanak-kanak itu kemudian dibebaskan pada 5.40 petang dan seorang pemandu teksi memandu kanak-kanak itu ke rumah keluarganya di Taman Suria, Sungai Chua, kata Abdul Samah.

Pada 12.15 pagi, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun, yang dipercayai dalang kejadian di rumahnya di Kajang Raya, Sungai Chua. Polis turut menjumpai wang berjumlah RM1,050 di dalam dompet lelaki tersebut dan RM60,500 dibawah tempat duduk motosikalnya yang berada di luar rumah.

Pemandu teksi yang menghantar kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga juga ditahan polis bagi membantu siasatan.-kainkembang

Artikel Berkaitan

BERITA SEMASA 6524639197862126497

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item