Rita Menang Hak Mutaah, Aidil Di Sindir PEDAS Di Laman Instagramnya



Artis Rita Rudaini akhinya berjaya mendapatkan hak tuntutan mutaah selepas Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor memerintahkan bekas suaminya, Aidil Zafuan membayar sebanyak RM30,000 daripada tuntutan sebenar RM300,000.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Syarie, Mawardi Che Man semalam dibuat beliau berpuas hati bahawa Rita selaku plaintif layak untuk membuat tuntutan berkenaan.

Mahkamah juga menilai kemampuan defenda dan keadaan serta keperluan Rita.

“Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri.

“Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula,” katanya.

Menerusi laman Instagramnya, Rita meluahkan rasa syukur dengan kemenangan haknya selepas lebih setahun turun naik mahkamah.

“Alhamdulillah Allah maha adil dan maha mengetahui. Syukur ya Allah. Kemenangan berpihak pada orang yang benar. Syukur, saya menang dalam kes mutaah dan saya telah diisytiharkan oleh mahkmah bahawa saya layak untuk mendapat mutaah,” ujarnya. -kainkembang 




Artikel Berkaitan

GOSSIP 7959596759235796095

Post a Comment

Arkib

Like Dan Dapatkan
Info Berita Terkini
item